Sunday, June 24, 2007
Apendiks aka Appendicitis

Sudah menjadi kelaziman, kalau sebut penyakit apendiks musti akan kata "kena bedah".
Tapi berapa ramai yg tahu apa akan terjadi kalau apendiks tu 'pecah'.
Ni berdasarkan pengalaman sendiri dan nyaris2 maut. Dan kesan dari pembedahan tersebut, usus akan melekat yg menyebabkan kerap sakit perut dan ulser perut. Doktor pakar kata "Terima lah hakikat, mmg tak boleh buat apa2. Walaupun buat pembedahan utk pisahkan usus tersebut, ia akan kembali melekat semula. Jagalah pemakanan!! Sedikit sebanyak dpt membantu mengurangkan sakit perut" ukh..ukh...sedih gak bilerr doktor ckp mcm tu tp nak buat mcm mana!! Hidup musti diteruskan...


ewww..mcm ni lah rupanya apendiks dan
ni musti kes apendiks pecah sbb jahitan agak panjang

*credit to myschoolnet :
Apendisitis yang teruk merupakan radang apendiks. Ia merupakan salah satu pembedahan kecemasan yang paling lazim dilihat. Ia boleh berlaku pada sebarang usia tetapi ia paling lazim di antara usia 10 dan 30 tahun. Apendisitis yang teruk disebabkan oleh halangan lumen (rerongga) apendiks. Sebab yang paling lazim ialah 'faecolith' (cebisan kecil najis). Ia juga boleh disebabkan oleh tumbuhan atau bengkak di tisu limfoid, walaupun ia jarang sekali berlaku. Apabila dihalang, tekanan di dalam apendiks meningkat dan memotong bekalan darah. Ini mengakibatkan pengulseran, jangkitan bakteria dan akhir sekali, gangren dan apendiks terkoyak. Secara klasik, kesakitan bermula sebagai kejang di bahagian tengah abdomen dan dengan peredaran masa, bergerak ke bahagian kanan. Demam, sejuk, ,menggigil, kelihangan selera makan, muntah-muntah dan kadang-kala diikuti dengan ceret beret. Walau bagaimanapun, pesakit di bawah usia 5 tahun dan melebihi 50 tahun mungkin mengalami gejala yang berbeza daripada penerangan di atas. Ini mungkin membawa masalah kepada diagnosis.
Doktor anda akan mengdiagnos apendisitis dengan :

  • Mengambil sejarah klinikal yang menyeluruh
  • Melakukan pemeriksaan klinikal yang teliti - memeriksa abdomen anda bagi nyeri dan ketegangan otot
  • Melakukan penyemakan kerap ke atas keadaan klinikal anda
  • Kajian di seluruh dunia telah menunjukkan bahawa kebanyakan faktor penting di dalam diagnosis apendisitis teruk terletak kepada penilaian klinikal ke atas pesakit.

Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen).

Labels:

 
posted by *reen'a* at 2:04 PM | Permalink |


0 Comments: