Monday, September 3, 2007
Bukak Api





Ni lah citer melayu yang tidak ditayangkan di negara kita namun telah menyertai beberapa festival filem diluar negara. Filem kontroversi ini dibuat pada tahun 1989 dgn bajet rm30,000. Sebelum menonton filem ni, ermm..macam2 yg bermain kat pikiran .Perasaan mmg bercampur2. "BukakApi" ni memaparkan kisah kehidupan sebenar golongan maknyah dan diselitkan juga kisah pelacur kelas bawahan. Lokasi filem ni pun dibuat dikawasan popular golongan ni iaitu 'Jalan Haji Taib'. Anyway citer ni dibuat dengan sokongan Majlis AIDS Malaysia. Objektif filem ni dibuat untuk memberi pendedahan pada masyarakat tentang isu maknyah dan juga pasal aids. Nilah filem melayu pertama dibawah kategori 18sx. Terpulang pada individu..mungkin ada yg menganggap filem ni dari segi negatif dan ada juga melihatnya dari sudut positif. Bacalah ulasan tentang filem ni oleh Utusan Malaysia. Mungkin ada yg memandang jijik pada golongan ini tapi mereka juga manusia. Masih ada ruang untuk bertaubat. Mudah-mudahan pintu hati mereka terbuka dan kembali ke jalan yang benar.


"akhirnya tiba juga aku di kuala lumpur dengan sejuta impian, namun kedatangku ini hanya satu tujuan sahaja..aku nak jadi perempuan sepuas-puasnya" - Jelita


Tontonlah filem ni dengan fikiran terbuka!!

Bahagian pertama

Bahagian kedua

Bahagian ketiga

Bahagian keempat

Bahagian kelima

Labels: , , ,

 
posted by *reen'a* at 8:25 PM | Permalink |


0 Comments: