Tuesday, October 9, 2007
Tom Tom Bak




Nurin dgn Nabil mmg sukerr nengok rancangan ni. Dier org berdua tulah yg perkenalkan citer ni sampai nenek dan auntie2 dierr ni tak pernah ketinggalan menonton Tom Tom Bak. Memang best terutama tengok keletah si haziq dgn tetamu2 dierr..budak2 sekarang ni mmg bijak bercakap!!



Tom Tom Bak adalah sebuah rancangan aneka bakat dan ragam kanak-kanak yang mula disiarkan selama ½ jam di saluran Astro Ceria pada pukul 12 tengah hari. Pengacara untuk rancangan ini dikendalikan oleh Aznil Nawawi atau lebih dikenali sebagai Uncle Aznil.



Rancangan Tom Tom Bak dibahagikan kepada 4 segmen iaitu :

*Siapa Dia? - cuba teka watak yang dilakonkan oleh adik-adik ini

*Jom Borak - tetamu cilik berkongsi pendapat masing-masing

*Ada Bakat Ke? - Saksilah persembahan hebat daripada bintang cilik ini

*Jeng Jeng - Kemuncak rancangan di mana penonton memilih peserta yang paling berbakat setiap episod berdasarkan jeritan 'woo' daripada penonton.

Dari segmen "Ada Bakat Ke?"


Dari segmen "Siapa Dia?"

Labels: , ,

 
posted by *reen'a* at 11:31 AM | Permalink |


0 Comments: