Tuesday, July 10, 2007
Nostalgia~ Rock 80an




Masa tengah carik lagu melayu, tetiba tetiba terpandang lagu2 rock 80an. Tahun 80an tu mmg zaman kegemilangan Rock. Kalo nak compare group Rock pd masa skrg dgn 80an mmg jauh beza. Dierr org ni mmg rock sejati!! Vocal dierr org mmg dasyat.Terutama part nak teran n menjerit tu,mmg pukul habis!!Ha..Ha..Ni antara group2 rock yg terkenal pasa masa tu dan ada yg masih on sehingga kini.

Kumpulan Search

Ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1981.Kumpulan ni masih kukuh sehingga kini.Album dierr org ada lebih kurang 20 album. Antara lagu yg meletup seperti Isabella(lagu berhantu),Fantasia Bulan Madu dan Rozana.

Kumpulan Wings

Pada tahun 1985, kumpulan ni ditubuhkan sewaktu masih di sekolah menengah lagi.Sehingga kini, mereka ada 19 album. Sejati, Taman Rashidah Utama dan Hukum Karma antara lagu yg menjadi pujaan peminat.

Kumpulan May

Kumpulan ni berasal dari Ipoh,Perak.
Nama MAY diambil sempena pangkal huruf nama timang-timangan keempat-empat mereka iaitu M bagi nama MUS (Mustaffa) & MAN (Sharip), A bagi ABU (Nasir) dan Y bagi YUS (Mohktar).Mereka mempunyai 7 buah album.Lagu Cintamu Mekar Dihati merupakan lagu hits mereka.

Kumpulan Lefthanded


Mula dikenali ramai setelah menyertai Juara Rock pada tahun 1983.
Bermula dengan nama The Lefthanded kemudiannya menukar nama kepada Kumpulan Lefthanded. Sudah melahirkan 7 buah album dan antara lagu yg terkenal seperti Ku Di Halaman Rindu dan Tiada Lagi Kidungmu.

Kumpulan Gersang


Mula dikenali semenjak tahun 1984 dan menghasilkan 3 album sahaja.
Antara lagu yg hits seperti Masih Aku Terasa dan Suratan Takdir.
(Teringat lak masa beraya kat rumah Man Bai, siap mintak autograph!)


Labels: ,

 
posted by *reen'a* at 1:18 PM | Permalink |


2 Comments:


  • At July 11, 2007 at 7:17 AM, Blogger rizzaR

    huhuhu... rock kapak.. kalo ko nak tau aku siap bli tu kaset Search.. paling aku layan Search arrr pastu Gersang kuar siap chop lg Acis tu aku punyer... ahak.. lg satu group yg aku layan Ekamatra.. lagu best2 jer...

     
  • At July 12, 2007 at 9:39 PM, Anonymous Anonymous

    susah y cari gambar mereka ini..lagu2 y jaman aku msh baby..tp lagu y best.nyanyi sikit ah...isabela adalah....