Kalau cakap pasal filem melayu ni, selain citer arwah Tan Sri P.Ramlee mmg minat tengok citer patriotik dan berdasarkan kisah sebenar. Kalau cintan cintun tu memang kureng siket. Kecualilah ada org nak belanja tiket wayang atau pun kena paksa pergi. Sebenarnya tak banyak filem melayu patriotik. Mungkin takut tak laku kat pawagam sbb tu jarang ada filem mcm ni. Antara filem yg mmg sukerr nengok iaitu "Leftenan Adnan", ukh..ukh..siap beli cd original lagi.
- Leftenan Adnan(2000) : Arahan Aziz M Osman

- Bukit Kepong (1981) : Arahan Dato' Jins Shamsuddin
Berkisarkan peristiwa Bukit Kepong. Lakonan yg berkesan oleh Dato' Jins Shamsudin dan meninggalkan kesan yg mendalam. Kisah perjuangan pasukan polis dan masyarakat tempatan di Bukit Kepong, Johor melawan komunis pada tahun 1950. Kemuncak pertempuran berlaku pada 23 Februari di balai polis Bukit Kepong yang mempunyai 18 orang anggota. Filem ini menggambarkan semangat waja yang ditunjukkan oleh pasukan polis, walaupun mereka diserang oleh 180 orang pengganas komunis, tetapi mereka tetap berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan negara.
- 1957 - Hati Malaya(Heart Of Malaya) ???
Agaknya mcmmana pula dgn filem terbaru arahan Suhaimi Baba ni. Filem 1957- Hati Malaya(Heart Of Malaya) mula ditayangkan di panggung hari ini.
Dengan membariskan ramai pelakon terkenal, harap2 filem patriotik ni pun boleh setanding dgn Leftenan Adnan dan Bukit Kepong.
Semangat ‘MERDEKA’ – Pengorbanan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh Melayu Negara yang memperjuangkan kebebasan Negara kita dari penjajah tidak terbatas nilainya. Oleh yang demikian amatlah penting bagi kita sebagai warganegara Malaysia untuk mempertahankan kebebasan yang telah dikecapi dengan menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab supaya masa depan anak bangsa terjamin.Empat orang anak muda, Salmi, Razak, Ani dan Angee telah diberi tugas untuk membuat scrap book gambar-gambar tahun ‘1957’. Mereka cukup bersungguh melaksanakan tugasan yang diberi oleh publisher buku tersebut Zahari. Dalam pencarian gambar-gambar tersebut mereka menyerapkan diri masing-masing dalam karektor, detik-detik emosi dan mengenal erti sebenar pengorbanan untuk mencapai detik ‘1957’. Ketika inilah anak-anak muda ini mengenal erti sebenar maksud ‘MERDEKA’.

Thank's saudara fahmi sbb sudi tinggalkan comment kat blog ni. Anyway saya masih belum sempat menonton filem arahan saudara ini. apa pun saya bnyk mendengar feedback yg positif tentang filem ini.Tahniah saya ucapkan...