Tuesday, December 25, 2007
Filem Nagabonar Jadi 2




Sebenarnya ada org bg vcd citer ni tp dok terperap jerk dlm almari tu. Entah mcm mana tetiba tergerak hati nak tengok filem ni. Dah lah org bagi lps tu original lak tu. Iskh..iskh...terasa kejam lak kalu tak tengok... Masa nengok tu dlm pukul 1 pagi, time tu mata pun dah mula nak tertutup. Entah mcmmana mula jerk citer ni, terus mata tu jadi segar bugar. Ha..ha..kalau mula2 dah menarik perhatian mmg lps tu terus sambung nengok. Nasib baik keesokan harinya tak keja. Kalau tak mau dtg keja mata kuyu takpun bengkak sbb x cukup tido.



Nagabonar Jadi 2 mengisahkan Nagabonar yang telah membesarkan anaknya sehingga menjadi seorang usahawan yg berjaya di Jakarta. Anaknya iaitu Bonaga telah membawa ayahnya ke Jakarta dgn harapan agar ayahnya bersetuju untuk menjual kebun kelapa sawit milik ayahnya itu. Namun begitu konflik yg timbul ialah kubur ibu, nenek dan pakciknya terletak di tengah2 kebun kelapa sawit tersebut. Nagabonar tentu saja tidak bersetuju dan dia bertambah marah bila mendapat tahu yg kebun kelapa sawit itu akan dijual kepada sebuah syarikat dari Jepun untuk dijadikan resort.


Filem Nagabonar Jadi 2 ni merupakan sambungan dari Nagabonar (1986), dimana filem Nagabonar tersebut telah memenangi beberapa anugerah di festival Indonesia.

Next time buat posting psl Nagabonar ni sbb tak tengok lagi filem ni.

Berbalik pd filem Nagabonar2 ni, rasanya genre lebih pada komedi.



Walaupun begitu terdapat unsur2 semangat patriotik dimana semangat cintakan tanah air dan menghormati para pejuang dan tokoh2 perang mmg agak mengkagumkan. Ini boleh dilihat sewaktu Nagabonar cuba memanjat tugu seorang tokoh pejuang sambil berteriak "Pak Jendral turunkan tanganmu pak…". Mungkin org akan anggap dia gila tapi sebenarnya apa yg cuba disampaikan oleh Nagabonar adalah dari isi hatinya sebagai bekas pejuang. Tugu tersebut adalah patung seorang tokoh sedang tabik hormat dan terletak di tengah jalan raya.. Nagabonar merasakan tokoh tersebut tidak patut memberi hormat kepada kereta2 yg lalu lalang di situ.


Selain itu dapat dilihat juga kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya dan perasaan hormat dan sayang seorang anak terhadap ayahnya. Juga bagaimana sorang ayah mengajar anaknya memikat wanita... :)

Pelakon utamanya iaitu Deddy Mizwar sebagai Nagabonar mmg lakonannya superb dan bersahaja. Filem Nagabonar Jadi 2 ini juga layak mendapat anugerah.



**Tonton Online**

Bahagian Pertama

Bahagian Kedua



Labels: ,

 
posted by *reen'a* at 9:38 PM | Permalink |


0 Comments: