Monday, May 12, 2008
Selamat Hari Ibu ^v^










Dengarkanlah lagu, lagu ku ini
Ikhlas dari hati hanya untuk mu
Aku lah anak mu, anak mu yang selalu
Memelukmu menciummu

Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji

Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahagia
Inginku nyatakan kau milik syurga

Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji


Istimewa buat mama.....





Dari anak2mu...

Labels: , ,

 
posted by *reen'a* at 1:03 PM | Permalink | 0 comments
Tuesday, April 22, 2008
Membeli belah di Internet




Lama dah tak update blog ni. Macam2 hal berlaku antaranya pc ada problem. Lepas tu streamyx buat hal lak. Oh ya hari ni jam yang dibeli dari internet baru jerk sampai. Ada member perkenalkan satu website ni. Macam2 ada dijual kat situ. Yang istimewa pasal website ni, tak leh beli macam tu jerk. Kita kena bida sama seperti konsep lelong gak. Antara produk yang menjadi tumpuan seperti jam, kamera dan handphone. Pelbagai jenis jenama terkenal seperti Tag Huerer, Nokia, Sony, Olympus, Rolex dan lain2 lagi. Bagi setengah orang mungkin tak percaya sebab beli barang tanpa sentuh dan tak nampak depan mata memang tak puas hati. Tapi disebabkan boleh dapat harga lebih murah compare dari kedai, tu yang ramai gak yg shopping online kat website ni.




Lagi satu,untuk mengelakkan penjual atau pembeli menipu website lelong ni mengenakan syarat2 sebelum menjadi ahli.Antaranya kena bagi ic dan nombor handphone pun harus disahkan terlebih dahulu.Ni untuk kepentingan pembeli gak. Mana tau, dah bayar duit tapi penjual tu lari kerr atau duit dah bagi tapi barang tak sampai2.Selain menjadi pembeli, kita boleh gak kalau nak jadi penjual.Tapi syarat lagi ketat lah.Setakat ni ada beberapa orang member dah try beli barang kat situ dan setakat ni puas hati gaklah dengan barang yang dibeli.

Tapi kita kena tengok gak kos penghantaran barang2 ni.Ada tu letak shipping sampai rm20.Paling murah rm3.Rata2 shipping yg penjual letak dalam rm12.Penjual ni pun bijak, mana dierr orang nak rugi sebab setiap produk yang berjaya dijual akan dikenakan caj oleh website lelong ni. Tu yang penjual ni naikkan harga shipping utk cover duit yg telah dicaj.Biasanya produk2 yg bermula dari RM1, pasti akan menjadi tumpuan ramai.Lepas tu start lah bida.Pembeli lak time masa produk tu nak ditutup, masa tulah pulak ramai baru nak bida.Tu semua strategi..Macam jam yg baru dapat ni,last2 minute gak aku bida dan akhirnya dapat gak sebab pesaing tu dah surrender.Memang nak sangat jam ni sebab tak yah guna bateri dan dierr auto movement. Memang mahal gak ni kat luar nun. Tapi kebetulan memang rezeki dan dapat murah.

Labels: ,

 
posted by *reen'a* at 12:44 PM | Permalink | 1 comments
Wednesday, April 2, 2008
My birthday 2008


Happy Birthday To Me..
Happy Birthday To Me..
Happy Birthday, Happy Birthday..
Happy Birthday To Me..



Ukh..ukh..Tak sangka umur dah naik lagi setahun. Rasa mcm still sweet 18, he..he..Banyak gak yang wish birthday termasuklah jaya jusco, company insurance keta, maxis dan lain2 lagi.

Ni lak antara ucapan yg buat aku nak tergelak:
  • "Semoga cepat2 bertemu jodoh dan dapat anak dengan cepat"
  • "Semoga perubahan yg berlaku kat negara n negeri ngko pon turut dpt mengubah ngko menjadi lebih sihat dan ceria lepas nie...."

Finally terimalah kek coklat yg ditempah khas untuk birthday kali ni..
*Tima kasih mama sbb susah payah buat kek ni!!"Ukh..ukh..terharunyerr!!


Labels: ,

 
posted by *reen'a* at 6:40 AM | Permalink | 0 comments
Wednesday, March 26, 2008
3.5" Internal Card Reader






Masa abg tunjuk benda ni, rasa nampak pelik sbb tak pernah nampak lagi benda ni kat Malaysia. Abg kata Internal Card Reader ni masih baru lagi di Malaysia. Tak ramai yg tahu psl ni termasuklah aku, ukh..ukh.. Mungkin ada yang tertanya2 apa fungsi alat ni. Internal Card Reader ni support semua jenis card reader termasuklah memory card untuk kamera, handphone dan PDA.Teknologi komputer sekarang ni makin canggih.

Ha..ha..apapun semalam baru jerk dapat Internal Card Reader setelah order selama seminggu maklumlah benda macam ni susah nak dapat kat sini. Lainlah kat negara macam Eropah mmg senang nak dapat sbb kat sana diperkenalkan dulu Internal Card Reader ni.


Features:



  • Compliant with USB interface
  • Support power saving mode
  • Support Pluy & Play and Hot-Swap
  • Support slot-to-slot read/write operation
  • Support auto detecting slot with card inserted
  • Support CF Card/ Micro Drive/SD/MMC/MS.MS-Duo/MS-Pro/SMC
  • Support windows 98/98SE/ME/2000/XP/Mac OS 10.1.2 or later and Linux Kernel 2.4.0 or later

Labels: ,

 
posted by *reen'a* at 1:05 PM | Permalink | 0 comments
Tuesday, March 11, 2008
Kejutan Pilihanraya 2008




Ni memang dah jadi sejarah. Barisan Alternatif yang terdiri dari barisan pembangkang telah menguasai 5 negeri iaitu Kedah, Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Rasanya satu Malaysia tergezut dengan keputusan pilihanraya kali ini. Bukan itu saja beberapa menteri dan org kenamaan telah tersingkir. Mungkin rakyat inginkan perubahan atau ini semua disebabkan undi protes atas kenaikan harga minyak. Disebabkan ini juga BN tidak dapat menguasai 2/3 kerusi parlimen. Nampaknya parlimen akan menjadi lebih hangat dengan kehadiran lebih ramai pembangkang. Anyway kita tunggu dan lihat sajalah bagaimana kerajaan negeri baru ini dibawah pentadbiran Barisan Alternatif. Tidak kira kerajaan atau pembangkang, tolong dengar suara rakyat dan mengambil tindakan segera dengan membantu kebajikan rakyat.


Ni lak gambar2 yang sempat diambil semasa pilihanraya berlangsung;






Labels: , ,

 
posted by *reen'a* at 1:17 PM | Permalink | 0 comments
Friday, March 7, 2008
Pilihanraya 2008






Esok semua rakyat Malaysia keluar mengundi. Aku??? Bukan tak daftar, dulu beberapa tahun lepas memang ada daftar tapi bila check balik nama tak masuk dalam system. Adeh, lepas tu memang malas dah nak pergi daftar semula. Tapi rutin ku setiap 5 thn sekali ni, teman mama n papa jerklah gi buang undi kat Ampang nun.

Tahun ni pasti merupakan pilihanraya yg paling menarik sebab Parti BN ditentang satu lawan satu oleh Barisan Alternatif iaitu PAS,KEADILAN dan DAP. Semua nya terserah kepada rakyat untuk memilih calon yang terbaik dan memastikan kehidupan rakyat dibela. Tak nak lah, bila dah janji ini itu, tengok2 lepas menang terus wakil rakyat tu lepas tangan. Tak kira BN atau pembangkang, sesapa saja yg terpilih sila lah tunaikan tanggungjawab anda dengan adil dan saksama.

Labels: , ,

 
posted by *reen'a* at 1:02 PM | Permalink | 0 comments
Thursday, March 6, 2008
Diet 6 Bulan




Ni lanjutan kisah kolestrol. Sekarang ni semua makanan yang diambil kena lebih berhati2. Semua makanan berkolestrol tinggi terpaksa ditolak tepi. Terliur gak nengok org lain makan makanan feveret mcm seafood.Kena ikut advice doktor, cuba elakkan makanan berkolestrol selama 6 bulan. Kalau kolestrol dah turun, baru boleh start makan balik makanan mcm seafood tapi harus dikurangkan.





Sekarang ni sarapan pagi kena makan oat.Ramai org kata oat jenama Quaker tu bagus utk org yg ada kolestrol tinggi.Memula makan tu rasa nak muntah sbb oat Quaker tu x sedap langsung. Kalau compare dgn Nestum berkali ganda lebih sedap Nestum Nestle tu.Bak kata orang, yang tak sedap tu ubat dan yg sedap tu lah penyakit.Ambil masa 2-3 hari gak nak sesuaikan oat tu dgn anak tekak ni. Lepas tu baru boleh makan mcm biasa. Kalau tak punya lah susah nak telan, setiap kali telan kena bersulam dengan air.Waktu lunch lak, memang tak sentuh nasi. Lebih banyak makan sayuran. Dalam pukul 3, adalah makan kuih dalam 2 keping. Waktu malam baru ambil nasi itupun dalam kuantiti yang sedikit.Lebihkan makan ikan,sayur dan buah-buahan. Dalam 6 bulan kalau macam ni rutin makanan hari2, bukan kolestrol jerk rendah tp badan ku menjadi kurus. Tak nak lah under weight sbb kurus sangat tak cantik dan badan rasa lemah. Seelok2nya nak kekalkan Body Mass Index(BMI) dalam group healty sbb sekarang ni pun BMI memang dalam group healty.



Labels: ,

 
posted by *reen'a* at 1:29 PM | Permalink | 0 comments
Saturday, March 1, 2008
Birthday Nurin - 1 March 2008






"Auntie tak ingat kerr hari ni birthday kakak?" Adeh!! Terlupa lak hari ni hari jadi Nurin yang ke-8. Lepas tu terus bawa dierr pergi beli hadiah yang dierr nak sejak tahun lepas lagi.Bukan main sukerr lagi dapat set rumah besar. Zaman kita dulu mana ada mainan macam ni.Best betul jadi kanak2 zaman sekarang!!!



Labels: , ,

 
posted by *reen'a* at 7:44 PM | Permalink | 1 comments
Ayu Juara One In A Million Musim Kedua





Akhirnya Malaysia memilih "budak kampung" sebagai juara baru OIAM 2. Ayu yang berasal dari Sabah telah berjaya mengalahkan 2 artis yang sudah mempunyai nama di persada seni tanah air ini.Perh...macam wartawan lak tulis macam ni, he..he...Anyway tahniah buat Ayu dan perjalanan Ayu masih jauh lagi. Buat naib juara iaitu Shila, jangan kecewa sebab dierr masih muda dan mempunyai pakej lengkap sebagai penyanyi. Ada rupa dan bakat tersendiri dan tak mustahil dierr boleh lebih berjaya dari sekarang. Peserta yang mendapat tempat ketiga iaitu Sarah, mungkin ini bukan rezeki dierr sebab antara ketiga2 peserta Sarah lebih pengalaman dan mempunyai vokal yang cukup mantap.

Nampaknya penonton ingin lihat bakat yg fresh dan tidak perlu bergantung pada rupa. Bak kata salah satu juri iaitu Shafinaz,"Apa yang paling penting adalah bakat yang lain itu boleh diubah dan diperbaiki". Lebih kurang macam tu lah ayat dierr.

Harap2 lepas ini ketiga2 peserta finalist ini akan lebih berkeyakinan untuk masa akan datang dengan menimba pengalaman dalam OIAM ini!!!



Pengumuman Juara



Ayu - Hanya Dimercu



Shila - Memori Tercipta



Ayu & Shila - Aku Bukan Untukmu

Labels: , ,

 
posted by *reen'a* at 12:29 AM | Permalink | 0 comments
Thursday, February 28, 2008
Kolestrol




Minggu lepas, NKF(National Kidney Foundation of Malaysia) datang ke office utk check tekanan darah serta ujian darah utk kolestrol dan glucose. Disebabkan NKF ni badan kerajaan gak so bayaran utk buat ujian tu semua tak mahal hanya rm2. Itupun company yg bayar!! Memula tu excited gak sbb dah lama tak buat blood test dan tekanan darah ni. Tapi bila dapat hasil memang terkejut. Ukh..ukh..kolestrol ku tinggi!!Jangan tak caya jumlah kolestrol 7.95 mmol/L. Kiranya nak sedapkan hati mungkin kolestrol tinggi sebab pagi sebelum buat test ni ada amik sarapan yang mempunyai kolestrol tinggi iaitu kuning telur dan makanan bergoreng. Sepatutnya kalau nak test darah harus berpuasa. Untuk lebih puaskan hati so gi lah jumpa doktor kat klinik. Dierr suruh datang keesokan harinya dan start pukul 11mlm kena start puasa. Esok harinya pergi lah buat blood test kat klinik. Then doktor tu suruh datang minggu depan untuk amik result.


Result Dari NKF

Hari ni dah genap seminggu dan dah tiba masanya untuk pergi amik result kat doktor. Hati tu memang rasa berdebar2 mana taknya kolestrol tinggi ni tak leh buat main2. Kesan dierr pada jantung. Bila dah doktor bagitau result, memang terkedu. Doktor tu sendiri tak percaya. Dierr kata, " You're still young but your cholestrol very high. Your total cholestrol is 7.0 mmo/L and LDL cholestrol(kolestrol jahat) is 4.89 mmo/L. You not smoking and I don't know what have to do with you. Kemungkinan juga berkaitan dengan masalah penyakit usus yg itu hadapi sekarang ni" Lepas tu dierr suruh start amalkan diet dan exercise selalu. Nampaknya lepas ni tiap2 pagi sebelum pegi keja kena bersenam dulu dan kena ambil makanan yg kurang kolestrol. Doktor tu tak berani nak bagi ubat sebab usia kira muda lagi nak dapat kolestrol tinggi ni so kena jumpa dierr lagi 6 bulan akan datang utk test blood semula. Kebetulan 2 member opis pun buat test blood. Dua2 pun join the club sbb kolestrol tinggi.


Result Dari Klinik

Bila terbaca posting pasal kolestrol kat blog uncle Zabs, dierr pun mengalami masalah yang sama dan mungkin sekarang kolestrol dierr dah rendah. Advice utk semua orang pergilah check kolestrol sebelum terlambat. Macam slogan kat bawah ni,

"Mencegah Itu Lebih Baik Dari Merawat"

Credit to NHLBI

What Is Cholesterol?

To understand high blood cholesterol (ko-LES-ter-ol), it is important to know more about cholesterol.

  • Cholesterol is a waxy, fat-like substance that is found in all cells of the body. Your body needs some cholesterol to work the right way. Your body makes all the cholesterol it needs.
  • Cholesterol is also found in some of the foods you eat.
  • Your body uses cholesterol to make hormones, vitamin D, and substances that help you digest foods.
Blood is watery, and cholesterol is fatty. Just like oil and water, the two do not mix. To travel in the bloodstream, cholesterol is carried in small packages called lipoproteins (lip-o-PRO-teens). The small packages are made of fat (lipid) on the inside and proteins on the outside. Two kinds of lipoproteins carry cholesterol throughout your body. It is important to have healthy levels of both:

  • Low-density lipoprotein (LDL) cholesterol is sometimes called bad cholesterol.
    • High LDL cholesterol leads to a buildup of cholesterol in arteries. The higher the LDL level in your blood, the greater chance you have of getting heart disease.
  • High-density lipoprotein (HDL) cholesterol is sometimes called good cholesterol.
    • HDL carries cholesterol from other parts of your body back to your liver. The liver removes the cholesterol from your body. The higher your HDL cholesterol level, the lower your chance of getting heart disease.

What Is High Blood Cholesterol?

Too much cholesterol in the blood, or high blood cholesterol, can be serious. People with high blood cholesterol have a greater chance of getting heart disease. High blood cholesterol on its own does not cause symptoms, so many people are unaware that their cholesterol level is too high.

Cholesterol can build up on the walls of your arteries (blood vessels that carry blood from the heart to other parts of the body). This buildup of cholesterol is called plaque (plak). Over time, plaque can cause narrowing of the arteries. This is called atherosclerosis (ath-er-o-skler-O-sis), or hardening of the arteries.


The illustration shows a normal artery with normal blood flow (Figure A) and an artery containing plaque buildup (Figure B).

Special arteries, called coronary arteries, bring blood to the heart. Narrowing of your coronary arteries due to plaque can stop or slow down the flow of blood to your heart. When the arteries narrow, the amount of oxygen-rich blood is decreased. This is called coronary artery disease (CAD). Large plaque areas can lead to chest pain called angina (an-JI-nuh or AN-juh-nuh). Angina happens when the heart does not receive enough oxygen-rich blood. Angina is a common symptom of CAD.

Some plaques have a thin covering and burst (rupture), releasing fat and cholesterol into the bloodstream. The release of fat and cholesterol may cause your blood to clot. A clot can block the flow of blood. This blockage can cause angina or a heart attack.

Lowering your cholesterol level decreases your chance for having a plaque burst and cause a heart attack. Lowering cholesterol may also slow down, reduce, or even stop plaque from building up.

Plaque and resulting health problems can also occur in arteries elsewhere in the body.


Lain 2 Artikel :
1.Serangan jantung - Kolestrol tinggi antara punca



2. High Cholesterol

Labels: ,

 
posted by *reen'a* at 1:32 PM | Permalink | 0 comments