Tuesday, April 22, 2008
Membeli belah di Internet




Lama dah tak update blog ni. Macam2 hal berlaku antaranya pc ada problem. Lepas tu streamyx buat hal lak. Oh ya hari ni jam yang dibeli dari internet baru jerk sampai. Ada member perkenalkan satu website ni. Macam2 ada dijual kat situ. Yang istimewa pasal website ni, tak leh beli macam tu jerk. Kita kena bida sama seperti konsep lelong gak. Antara produk yang menjadi tumpuan seperti jam, kamera dan handphone. Pelbagai jenis jenama terkenal seperti Tag Huerer, Nokia, Sony, Olympus, Rolex dan lain2 lagi. Bagi setengah orang mungkin tak percaya sebab beli barang tanpa sentuh dan tak nampak depan mata memang tak puas hati. Tapi disebabkan boleh dapat harga lebih murah compare dari kedai, tu yang ramai gak yg shopping online kat website ni.




Lagi satu,untuk mengelakkan penjual atau pembeli menipu website lelong ni mengenakan syarat2 sebelum menjadi ahli.Antaranya kena bagi ic dan nombor handphone pun harus disahkan terlebih dahulu.Ni untuk kepentingan pembeli gak. Mana tau, dah bayar duit tapi penjual tu lari kerr atau duit dah bagi tapi barang tak sampai2.Selain menjadi pembeli, kita boleh gak kalau nak jadi penjual.Tapi syarat lagi ketat lah.Setakat ni ada beberapa orang member dah try beli barang kat situ dan setakat ni puas hati gaklah dengan barang yang dibeli.

Tapi kita kena tengok gak kos penghantaran barang2 ni.Ada tu letak shipping sampai rm20.Paling murah rm3.Rata2 shipping yg penjual letak dalam rm12.Penjual ni pun bijak, mana dierr orang nak rugi sebab setiap produk yang berjaya dijual akan dikenakan caj oleh website lelong ni. Tu yang penjual ni naikkan harga shipping utk cover duit yg telah dicaj.Biasanya produk2 yg bermula dari RM1, pasti akan menjadi tumpuan ramai.Lepas tu start lah bida.Pembeli lak time masa produk tu nak ditutup, masa tulah pulak ramai baru nak bida.Tu semua strategi..Macam jam yg baru dapat ni,last2 minute gak aku bida dan akhirnya dapat gak sebab pesaing tu dah surrender.Memang nak sangat jam ni sebab tak yah guna bateri dan dierr auto movement. Memang mahal gak ni kat luar nun. Tapi kebetulan memang rezeki dan dapat murah.

Labels: ,

 
posted by *reen'a* at 12:44 PM | Permalink |


1 Comments:


  • At September 10, 2008 at 9:49 PM, Anonymous Anonymous

    salam,
    i am very much interested with the lelong website. i have a few questions; is it safe for me to give all my details? is this website can be trusted? cos i am really excited to bid and have intention to buy the item(s).

    i really appreciate if u can reply to my email, aifaa_ca@hotmail.com.
    Tq