Friday, September 28, 2007
Birthday Boy - Naufal



28 Sept 07 ~ Genap setahun usia Naufal Zahran ni..
Rasa nak cubit pipi dierr yg montel tu!! :)


Labels: ,

 
posted by *reen'a* at 5:16 PM | Permalink | 1 comments
Thursday, September 27, 2007
The Best Looking Guy In The World





Mula2 nengok mamat ni mmg cair gak lah dibuatnya..Memang hensem!! Selalunya kalau org hensem mcm ni musti nak pilih girlfriend yg cun tp berlainan dgn Reynaldo Gianecchini. Aktor dan model dari Brazil ni pilih awekz yg bukan memiliki paras yg jelita.Tapi rasanya mamat ni musti bnyk scandal gak, maklumlah ada rupa dan famous lak tu...

*credit to Pop Sugar




This is one of hottest Brazilian guys. He is an actor. Very handsome and attractive, but different of other guys, he do not choice his girls just for the looking. He see more. The personality is the most important for him.Strong women is his preference. He was married with a journalist for eight years. She is 10 years older him and has not a classic beauty. Then he was dating with some actress and models but now is in a official relationship with the singer Preta Gil. She is famous because is sexy, but a little fat too. People ask Giani (how he is called) why a man that can choice any woman he want, would choice women not so looking good like him. He says "It´s simple!A real woman is not just a pretty face!





Bekas isteri, Marilia Gabriela yg usianya lebih 10 tahun dari Reynaldo





Tak sure Preta Gil ni still lagi girlfriend Reynaldo.

Labels: , ,

 
posted by *reen'a* at 12:14 PM | Permalink | 0 comments
Wednesday, September 26, 2007
Saranghae - mv from ftts




Ni mv kedua selepas My Angle dari album ftts iaitu No Limitations. Dalam mv ni, Fany digandingkan dgn heroin dierr dlm citer "over the rainbow" yg sedang ditayangkan di 8tv. Anyway jalan citer mv ni nampak pelik. Adeh..dahlah Brian takde dlm mv ni, ending lak mmg hampeh!! sad ending.. :(
Tapi lagu saranghae ni mmg best!!. Mmg tak jemu nak dengar berulang kali...


Labels: , , ,

 
posted by *reen'a* at 10:50 PM | Permalink | 0 comments
Tuesday, September 25, 2007
~Hari Ni Birthday Cik Epi~

Happy Birthday To Cik Epi!!!



Lagu ni mmg ditujukan hanya utk birthday girl,layan...


Walaupun cik epi takde sbb gi tour utk club ping pong(mcm pandai main) pada hari ahad lps tp kita org satu family dah buat makanan special berbuka puasa utk dierr n si kecik naufal yg bakal menyambut birthday 3 hari lagi. Walaupun x dpt mkn, sila lah cik epi tatap puas2 gambar makanan ala western di bwh ni hanya utk mu...



Lupa lak nak tanya, apa hadiah dr skandal2??
Takkan tak kasik apa2 kot!! He..he..

Labels: , , , ,

 
posted by *reen'a* at 1:13 PM | Permalink | 2 comments
Monday, September 24, 2007
Sajak Penuh Keinsafan





Ni lah sajak yg memberi kesan yg mendalam.
Mungkin kerana gerun atau insaf bila mendengarnya???





Di satu malam yang hening, seorang O/B rebah di kamar mandinya, diserang lemah jantungnya, yang mengugat nyawanya.Di tengah malam, baru pulang dari sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur bersama isteri mudanya, bersama mulut dan lidahnya yang dinajisi alkohol. Puan muda segera menalipon doktor peribadi O/B, dan doktor pun berkejaran bersama beg perubatannya.Sebatang jarum injeksin dibenamkan keurat O/B. Dan berombak-ombaklah nafasnya, bergelombang dadanya, dilambung ombak hempas menghempas, Tujuh hari tujuh malam O/B bergeletekkan, golek gelentang dipembaringan.Dan seluruh isi dunia berkumpul di dalam kepalanya, "bangloku, mercedesku, rumah-rumah sewaku, pengarah-pengarahku, wangku di dalam bank, kuda-kuda lumbaku, padang golfku, anak-anakku di luar negeri dan isteri mudaku". Nazak hempas menghempas, pulas memulas dan pintal memintal.Mau makan? geleng kepala, minum? geleng kepala, isteri muda? geleng kepala, mau ke G/highland? geleng kepala, mau melancung ke Eropah? geleng kepala, ke Mekah naik haji? geleng kepala.Habis apa yang engkau mahu...............................?Oh! Tuhan panjangkan umurku.Panjang umur? Berapa yang engkau mahu? 100 tahun cukup? 63 tahun tidak cukup? tidak puas hidup? tak kenyang makan maksiat? belum bosan mengumpul dosa? kau mahu panjang umur lagi?Sedetik lagi sakaratul maut datang, sedetik lagi Izrail datang, sedetik lagi Malaikatul Maut datang.Kau di ambang sakaratul maut ............................ kau nazak sekarang wahai O/B. Dia semakin tegang dan semakin sendat nafas di dadanya, kedinginan mulai memanjat kakinya, perlahan-lahan menjalar keseluruh jasad dan tubuhnya, dia di lambung resah gelisah dan keluh kesah, keluhan dan rintihan. Panas, dahaga, haus, panas.................. air dari tujuh lautan mau di teguknya, sebesar tujuh dunia kelaparan merobek usus-ususnya. dan syaitan datang berbondong- bondong, meninjak-injak dan mengoda mau 'memurtadkannya'.Neneknya datang.........kau datang nenek? ............... Kau dahaga cucuku? kau lapar cucu? mau minum? ini bijana penuh air madu, kalau cucu mau masuk syurga minumlah air ini.Ibu? kau datang ibu?................. ibunya mengoyang-goyangkan buah susunya, ini ibumu nak, air susu ini yang membesarkanmu, 'buangkan Islam', matilah dalam agama Yahudi.Ayah? kau juga datang ayah?................ matilah dalam agama Yahudi, matilah dalam agama Nasrani, matilah dalam agama Kristian, itulah agama yang akan membawa kau masuk ke syurga katanya.................Ucaplah................LAILLAHAILLAH.......... .............Tidak.......tidak........tidak..Ucaplah... LAILLAHAILLAH.................................Tidak......................tidak ................................. tidak...................... Ucaplah.....................LAILLAHAILLAH................................Tidak......................tidak .... ...........tidak..............Semuanya kini menahannya, "rumahku, mercedesku, wangku dalam bank, saham-sahamku, kuda-kuda lumbaku, padang golfku, isteri-isteriku dan duniaku".Sakaratul-maut semakin hampir tiba datangnya, Pak Lebai tua dari rumah setinggan di kaki bukit banglonya dijemput oleh pemandunya dengan kereta mercedesnya, memanjat bukit ke banglonya di puncak desir angin.Tetapi lidahnya sudah kelu, dan Sakartul-maut kian hampir detik tibanya, tiba-tiba manusia berjubah hitam datang, katanya " mari ikut kami" kemudianmanusia berjubah hijau membawa payung hijau datang, katanya " marilah ikut kami" Datang sinar putih, datang kilatan hitam dan datang cahayamerah,Apa ini................................?apa ini...................................................?"AKULAH SAKARATUL-MAUT................................................."Kedinginan merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut, dan kini seluruh jasadnya di seliputi sejuk, dan akhirnya 'dingin' singgah di 'tenggurukkan'nya, kemudian datanglah Malaikatul-maut di hujung kepalanya. "Hai jiwa yang keji, keluarlah engkau kepada kemurkaan ALLAH..................................."Maka rohnya berselerakkan keseluruh tubuhnya..............LALU................:'INNALILLAH HI WAINA ILAI HI RAJIUN'Para malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bau bangkai sebusuk-busuknya."TULISKAN SURATANNYA DI DALAM 'SIJJIN'PADA BUMI YANG TERBAWAH"Rohnya lalu dicampakkan, di kembalikan kedalam jasadnya, kemudian datanglah dua Malaikat lalu di 'dudukkan' dia.SIAPA TUHAN MU?...........................A.............A.............Aku tidak tahu...........................APA AGAMAMU?..................................A..............A.............Aku tidak tahu........................... SIAPA LELAKI INI YANG DI UTUSKAN KEPADAMU..............................................A...........A.........Aku tidak tahu..................................Lalu datang kepadanya seorang lelaki yang hodoh wajahnya, buruk pakaiannya, busuk baunya......... siapakah engkau?" Akulah amalanmu yang keji.............................."Kini dia diazab dan diseksa di dalam kuburnya, menunggu-nunggu doa dari anak- anaknya yang soleh. "Mana doa dari anakku seorang doktor? mana doa dari anakku seorang jurutera? mana doa dari anakku seorang peguam? mana doa dari anakku seorang akitek? mana doa dari anakku seorang profesor?........................................."MANA?.......................................MANA?

Labels: , ,

 
posted by *reen'a* at 6:00 PM | Permalink | 0 comments
Sunday, September 23, 2007
Rukia n Byakuya




He..he..Rukia dan Byakuya nama karektor dlm anime bleach jerk!! Ni yg buat rindu nak nengok bleach.Anyway selama 3 hari ni, terpaksa menjaga 2 ekor kura2 kepunyaan kwn cik epi. Senang betul jaga mereka berdua ni. Best gak kalo ada kura2 sendiri, lps tu bubuh nama best2!! :)


Comel lak nengok Rukia dan Byakuya

Ni time dierr org tido pd waktu siang.
Waktu mlm lak dua2 ekor ni akan panjat n tido atas jambatan tu


Dulu masa kecik2, ada gak bela kura2 dan bg mkn kangkung.
Sekarang ni, makanan dah pun dah moden. Dalam botol plastik jerk n bentuk mcm pil cuma ni panjang2.

Labels: , ,

 
posted by *reen'a* at 1:03 PM | Permalink | 1 comments
Saturday, September 22, 2007
Makaroni Bakar




Makaroni bakar..tu mmg makanan favourite. Yg ni mmg sukerr buat sendiri dr beli sbb kalau buat sendiri, sukerr hati nak letak apa2 kat dlm makaroni tu.Kira buat resepi sendiri lah.Hari tu sebelum puasa ada gak buat,tetiba hari ni terfikir nak buka puasa dgn makaroni bakar.Disebabkan bulan posa,resepi pun turut berubah, he..he..biasalah selera berubah!!

Sebelum bulan puasa

Sebelum bakar*****Selepas bakar


Juadah berbuka puasa

Sebelum bakar*****Selepas bakar

Labels: ,

 
posted by *reen'a* at 4:49 PM | Permalink | 0 comments
Thursday, September 20, 2007
Makanan di Pasar Ramadhan





Bilerr nengok gambar2 makanan kat bwh ni rasa mcm nak gi pasar ramadhan. Maklumlah jarang gi sana sbb selalu masak jerk kat rumah. Kueh lompang tu mcm best jerk! Apambalik tu lak kalau letak jagung lebih musti lagi ummmph........


~credit to kim~

Labels: , , ,

 
posted by *reen'a* at 1:50 PM | Permalink | 1 comments
Catatan Jakarta 2





Sambungan dari Catatan Jakarta 1. Kali ni nak citer psl pengangkutan awam terdapat di Jakarta. Macam2 jenis -dari yg roda dua hingga roda empat.

Teksi
Mula-mula nak citer pasal teksi dulu. Tang ni, mmg Malaysia kalah. Mana taknya, teksi biasa kita kat sini just proton ajerk tp kat sana teksi biasa dier org 'Toyota Vios' tu!! Ni nak beli toyota vios pun tak mampu, tp tengok2 kat negara lain dijadikan teksi jerk. Pergh...mmg sadis sungguh!!


Busway
Kalau M'sia boleh berbangga dgn LRT dan Monorail, dierr org lak boleh berbangga dgn Bus Way. Sistem pengakutan ni mmg sistematik dan cepat. Bus Way mempunyai jalan khas dan kenderaan lain tak boleh lalu kat laluan tersebut.Keunikan bus way ni, pemandu dierr kebanyakan terdiri dari perempuan. Kemas bertali leher, kot dan berkaca mata hitam. Dah tu lawa2 pulak tu, he..he.. Konsep sama seperti LRT, kena beli tiket di kaunter. Sebelum masuk tempat menunggu bus way, kena masukkan tiket dahulu. Cuma bezanya dgn LRT, tiket tu ditelan terus. Kalau LRT, tiket tu dikeluarkan semula utk dimasukkan ke pintu keluar.



Demi keselamatan penumpang ada seorang petugas menjaga bhg pintu.


Bajai


Yg ni mmg unik sbb roda tiga. Memula tu tak confident gan nak naik bajai ni sbb rasa mcm tak stabil, mana taknya bajai ni bukannya besar sangat tp boleh muat tu 3-4 org kat belakang. Ha..ha..then bilerr start jalan, mcm dah org mabuk, terhuyung hayang!! Sebenarnya bajai ni muatan penumpang dierr 2 org jerk tapi tulah selagi boleh muat naik ajerklah...Kalau pergi jakarta, mmg rugi kalau tak naik bajai.


Mikrolet/Angkot

Ni pengangkutan yg tak sanggup nak naik. Mana taknya ni jenis main tangkap muat. Selagi ada ruang kosong selagi tu lah dierr orng sumbat masuk penumpang. Gilerrr tul...Tapi try gak naik dan kebetulan time tu tak ramai org. Bumbung agak rendah so bilerr masuk tu kena tunduk lah..


Ojek

Ha..ha..ojek seunik namanya. Senang citer pengangkutan ni mcm teksi gak bezanya bukan kerata tapi ni motorsikal. Murah dan cepat. Maklumlah motorsikal ni kan boleh main cilok sana cilok sini. Harganya boleh ditawar, ukh..ukh..dahlah murah boleh lagi dirunding harga tambangnya. Kalau pelancong asing, musti fikir 2 kali nak naik ojek ni. Silap haribulan kena bawa lari!!!

Labels: , ,

 
posted by *reen'a* at 10:29 AM | Permalink | 0 comments
Friday, September 14, 2007
Buka Puasa ~ Hari Pertama~




Buka puasa semalam mmg meriah.
Mana taknya anak2 buah 3 org tu dtg rumah nak buka puasa gak, he..he..


Bilerr nengok makanan2 ni, musti org ingat kita org kuat melantak padahal dalam mangkuk tu semua mee kari. Dah semalam anak2 buah datang tu yg meriah meja tu...



Ni air strawberry blended(buat sendiri).
Cuma lupa nak beli cream, kalo tak musti lagi sedap!!

Labels: , ,

 
posted by *reen'a* at 12:54 PM | Permalink | 1 comments
Thursday, September 13, 2007
Lelaki Ini





  • Sebab lelaki ini,kawanku beli cd ori dan setiap hari putar kat keta dierr tapi hingga sekarang masih tak hafal lirik
  • Sebab lelaki ini, makcik sayur terus angau dan tetiba lak kata lelaki ini skandalnya..adeh!!!susah tul kalau dah perasan...
  • Sebab lelaki ini jugalah , asisstant ku tetiba mengaku dierrlah lelaki ini!!he..he..





Kasih
Kenanganku ingatan saat-saat dulu
Kasih
Apakah dirimu
Merasakan semua itu
Ke manapun hendakku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan ke manapun arah
Angin ku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini
Yang selalu mencintamu
Selalu tanpa ragu
Lelaki ini
Yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertahta dalam sanubariku
Sanubariku ooo..
Aku yang mencinta kamu
Hanya dirimu
oh...
Kerana cintaku
Tak berbatas waktuku
Kerana cintaku
Tak mengenal jemu hatimu
Hatimu oo..
Yang bertahta dalam sanubariku



Labels: , , , ,

 
posted by *reen'a* at 1:01 PM | Permalink | 1 comments
Bulan Ramadhan

Salam Ramadhan, bulan penuh rahmat & keberkatan. Banyakkan amal, zikir & bersedekah. Kita manusia ciptaan-Nya, yang serba kekurangan. Bersabarlah dengan dugaan dan ujian-Nya. Ampun & maaf untuk kawanku semua...ku sentiasa mendoakan kebaikan untuk kalian.

Labels: , ,

 
posted by *reen'a* at 6:46 AM | Permalink | 1 comments
Tuesday, September 11, 2007
Training - Ritz Carlton




Baru2 ni company hntr gi training kat hotel Ritz Carlton ni. Dahlah pagi tu ada training kat opis, ni lps lunch terus kelam kabut gi training kat sini lak. Puas carik kat map, kat mana lah hotel ni terletak sbb info yg ada lokasi kat Jalan Imbi dan tak jauh dari Hotel JW Marriot. Rupanya hotel ni di belakang StarHill.Apasal lah kat map tak bubuh jerk belakang StarHill, hbs citer...Adeh!!! Sbb masa dtg tu, mmg sesat! Bilerr dah masuh hotel tu, baru tahu yg JW Marriot, StarHill dan Ridz Charlton ni bersambung. Patutlah parking pun boleh share. Cuma beza kat sebelah kanan utk Ridz Charlton dan sebelah kiri JW Marriot. Yg member tu tak ingat dierr parking kat kanan atau kiri. Sesat gitu!! Puas gaklah mencari rupanya dierr parking kat bwh dan utk turun kat bwh mmg takde lif atau tangga, kena turun ikut jalan kereta. Ha..ha..Complicated sungguh!!Anyway hotel ni mmg class sungguh..biasalah StarHill tu pun tempat shopping org2 kaya.


Ni lerr area meeting/training room


Yang paling tak boleh lupa sepanjang training ni, makanan dierr.
Pergh..memang best gilerr!!




Nasib baik training ni tak lama kalau tak mau bertambah gemuk dibuatnya.


Lunch Time *_*


Time lunch paling ditunggu2, he..he..
Mana taknya boleh pilih restoran2 mana yg kita nak kat starhill gallery.




Hari kedua tu, kita org masuk restoran ala cowboy iaitu 'JAKE'S CHARBROIL'.Restoran ni menghidangkan pelbagai steak dari daging australia. Anyway sukerr makan Grilled Medallion Of Salmon with chervil butter and caviar. Sedap sehingga menjilat jari, he..he..




Hari ketiga lak kita org try makan kat 'SENTIDOS TAPAS' iaitu makanan ala sepanyol.Cream Soup mmg bestlah.Cheese cake dierr toksah ckp lah..mmg confirm nak tambah lagi!!Yang paling takleh lupa sotong kurita yg comel tu..ha..ha.

Labels: , , ,

 
posted by *reen'a* at 6:14 AM | Permalink | 2 comments