Wednesday, March 26, 2008
3.5" Internal Card Reader






Masa abg tunjuk benda ni, rasa nampak pelik sbb tak pernah nampak lagi benda ni kat Malaysia. Abg kata Internal Card Reader ni masih baru lagi di Malaysia. Tak ramai yg tahu psl ni termasuklah aku, ukh..ukh.. Mungkin ada yang tertanya2 apa fungsi alat ni. Internal Card Reader ni support semua jenis card reader termasuklah memory card untuk kamera, handphone dan PDA.Teknologi komputer sekarang ni makin canggih.

Ha..ha..apapun semalam baru jerk dapat Internal Card Reader setelah order selama seminggu maklumlah benda macam ni susah nak dapat kat sini. Lainlah kat negara macam Eropah mmg senang nak dapat sbb kat sana diperkenalkan dulu Internal Card Reader ni.


Features:



  • Compliant with USB interface
  • Support power saving mode
  • Support Pluy & Play and Hot-Swap
  • Support slot-to-slot read/write operation
  • Support auto detecting slot with card inserted
  • Support CF Card/ Micro Drive/SD/MMC/MS.MS-Duo/MS-Pro/SMC
  • Support windows 98/98SE/ME/2000/XP/Mac OS 10.1.2 or later and Linux Kernel 2.4.0 or later

Labels: ,

 
posted by *reen'a* at 1:05 PM | Permalink | 0 comments
Tuesday, March 11, 2008
Kejutan Pilihanraya 2008




Ni memang dah jadi sejarah. Barisan Alternatif yang terdiri dari barisan pembangkang telah menguasai 5 negeri iaitu Kedah, Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Rasanya satu Malaysia tergezut dengan keputusan pilihanraya kali ini. Bukan itu saja beberapa menteri dan org kenamaan telah tersingkir. Mungkin rakyat inginkan perubahan atau ini semua disebabkan undi protes atas kenaikan harga minyak. Disebabkan ini juga BN tidak dapat menguasai 2/3 kerusi parlimen. Nampaknya parlimen akan menjadi lebih hangat dengan kehadiran lebih ramai pembangkang. Anyway kita tunggu dan lihat sajalah bagaimana kerajaan negeri baru ini dibawah pentadbiran Barisan Alternatif. Tidak kira kerajaan atau pembangkang, tolong dengar suara rakyat dan mengambil tindakan segera dengan membantu kebajikan rakyat.


Ni lak gambar2 yang sempat diambil semasa pilihanraya berlangsung;






Labels: , ,

 
posted by *reen'a* at 1:17 PM | Permalink | 0 comments
Friday, March 7, 2008
Pilihanraya 2008






Esok semua rakyat Malaysia keluar mengundi. Aku??? Bukan tak daftar, dulu beberapa tahun lepas memang ada daftar tapi bila check balik nama tak masuk dalam system. Adeh, lepas tu memang malas dah nak pergi daftar semula. Tapi rutin ku setiap 5 thn sekali ni, teman mama n papa jerklah gi buang undi kat Ampang nun.

Tahun ni pasti merupakan pilihanraya yg paling menarik sebab Parti BN ditentang satu lawan satu oleh Barisan Alternatif iaitu PAS,KEADILAN dan DAP. Semua nya terserah kepada rakyat untuk memilih calon yang terbaik dan memastikan kehidupan rakyat dibela. Tak nak lah, bila dah janji ini itu, tengok2 lepas menang terus wakil rakyat tu lepas tangan. Tak kira BN atau pembangkang, sesapa saja yg terpilih sila lah tunaikan tanggungjawab anda dengan adil dan saksama.

Labels: , ,

 
posted by *reen'a* at 1:02 PM | Permalink | 0 comments
Thursday, March 6, 2008
Diet 6 Bulan




Ni lanjutan kisah kolestrol. Sekarang ni semua makanan yang diambil kena lebih berhati2. Semua makanan berkolestrol tinggi terpaksa ditolak tepi. Terliur gak nengok org lain makan makanan feveret mcm seafood.Kena ikut advice doktor, cuba elakkan makanan berkolestrol selama 6 bulan. Kalau kolestrol dah turun, baru boleh start makan balik makanan mcm seafood tapi harus dikurangkan.





Sekarang ni sarapan pagi kena makan oat.Ramai org kata oat jenama Quaker tu bagus utk org yg ada kolestrol tinggi.Memula makan tu rasa nak muntah sbb oat Quaker tu x sedap langsung. Kalau compare dgn Nestum berkali ganda lebih sedap Nestum Nestle tu.Bak kata orang, yang tak sedap tu ubat dan yg sedap tu lah penyakit.Ambil masa 2-3 hari gak nak sesuaikan oat tu dgn anak tekak ni. Lepas tu baru boleh makan mcm biasa. Kalau tak punya lah susah nak telan, setiap kali telan kena bersulam dengan air.Waktu lunch lak, memang tak sentuh nasi. Lebih banyak makan sayuran. Dalam pukul 3, adalah makan kuih dalam 2 keping. Waktu malam baru ambil nasi itupun dalam kuantiti yang sedikit.Lebihkan makan ikan,sayur dan buah-buahan. Dalam 6 bulan kalau macam ni rutin makanan hari2, bukan kolestrol jerk rendah tp badan ku menjadi kurus. Tak nak lah under weight sbb kurus sangat tak cantik dan badan rasa lemah. Seelok2nya nak kekalkan Body Mass Index(BMI) dalam group healty sbb sekarang ni pun BMI memang dalam group healty.



Labels: ,

 
posted by *reen'a* at 1:29 PM | Permalink | 0 comments
Saturday, March 1, 2008
Birthday Nurin - 1 March 2008






"Auntie tak ingat kerr hari ni birthday kakak?" Adeh!! Terlupa lak hari ni hari jadi Nurin yang ke-8. Lepas tu terus bawa dierr pergi beli hadiah yang dierr nak sejak tahun lepas lagi.Bukan main sukerr lagi dapat set rumah besar. Zaman kita dulu mana ada mainan macam ni.Best betul jadi kanak2 zaman sekarang!!!



Labels: , ,

 
posted by *reen'a* at 7:44 PM | Permalink | 1 comments
Ayu Juara One In A Million Musim Kedua





Akhirnya Malaysia memilih "budak kampung" sebagai juara baru OIAM 2. Ayu yang berasal dari Sabah telah berjaya mengalahkan 2 artis yang sudah mempunyai nama di persada seni tanah air ini.Perh...macam wartawan lak tulis macam ni, he..he...Anyway tahniah buat Ayu dan perjalanan Ayu masih jauh lagi. Buat naib juara iaitu Shila, jangan kecewa sebab dierr masih muda dan mempunyai pakej lengkap sebagai penyanyi. Ada rupa dan bakat tersendiri dan tak mustahil dierr boleh lebih berjaya dari sekarang. Peserta yang mendapat tempat ketiga iaitu Sarah, mungkin ini bukan rezeki dierr sebab antara ketiga2 peserta Sarah lebih pengalaman dan mempunyai vokal yang cukup mantap.

Nampaknya penonton ingin lihat bakat yg fresh dan tidak perlu bergantung pada rupa. Bak kata salah satu juri iaitu Shafinaz,"Apa yang paling penting adalah bakat yang lain itu boleh diubah dan diperbaiki". Lebih kurang macam tu lah ayat dierr.

Harap2 lepas ini ketiga2 peserta finalist ini akan lebih berkeyakinan untuk masa akan datang dengan menimba pengalaman dalam OIAM ini!!!



Pengumuman Juara



Ayu - Hanya Dimercu



Shila - Memori Tercipta



Ayu & Shila - Aku Bukan Untukmu

Labels: , ,

 
posted by *reen'a* at 12:29 AM | Permalink | 0 comments