Tuesday, October 30, 2007
Rumah Terbuka 1





Atas permintaan kwn2 opis, raya kali ni buat gak "open house" . So hntr lah email kat member2 kat opis siap ada map.Target dlm 50 org yg datang sbb yg dtg musti ada yg bawa family.

Macam2 perkara telah berlaku pada hari tersebut. Ada yang lucu , sedih, gembira dan tak lupa gak ada suprise yg terjadi pada hari "open house" tersebut.








Fakta sebenar pada hari "rumah terbuka" :

  • Sehari sebelum "open house" tu, cik epi call kata kengkawan dierr nak dtg gak dlm 30 org. Tergezut gak sbb kalau campur dgn member opis dah dekat 80 org.

  • Nasi lemak yg dimasak terpaksa dibuang sbb lembik,berair n mentah. Rupa2nya beras yg cik epi bawa balik dari Padang Besar tu tak sesuai langsung utk buat nasi lemak. Adalah dlm 5kg beras yg digunakan utk buat nasi lemak. Tu belum dgn santan dierr. Sedih gaklah sbb kena buang nasi tu. Nak tak nak beli beras baru dan nasib baik member opis semua sebelah petang.

  • Lps tu ada satu perkara melucukan telah berlaku. Mama suruh makcik sayur tambah air sup dari periuk kat dapur ke dalam tempat sup utk tetamu tp makcik tu telah tambah air masak ke dalam tempat sup utk tetamu. Adeh....Nasib baik lah cepat perasan kalau tak mau tetamu tersedak minum kuah sup tu sbb rasa tawar!! Makcik sayur..makcik sayur...

  • Jam dah pukul 5 ptg tapi member opis semua tak dtg lagi. Rupa2nya dierr org dtg konvoi n yg lama tu sbb tunggu org ni bersiap dulu lah, berhenti gi isi minyak lah.. Keluar opis pukul 3ptg n sampai rumah ni dlm 5.30ptg. Lps tu jalan pun jam sbb banyak yg buat rumah terbuka so keta pun bnyk kat jalan. Ada member separuh jalan nak ke sini, terpaksa patah balik sebab jam teruk.

  • Member satu department sorang pun tak datang n boss yg tak pernah ketinggalan dtg rumah setiap thn pun tak dtg. Rupanya boss tu terlupa, dierr ingatkan "open house" tu hari sabtu ni. Yang lain tu ntahlah mungkin ada hal lain.

  • Cik epi bg suprise kat kita org. Dierr perkenalkan "boyfriend" dierr. Ukh..ukh... bukan main lagi!!


Anyway, yg datang semua sekali termasuk kwn cik epi tak sampai 50 org. Tapi makanan semua habis sampai ada yg minta nak bawa balik pun keciwa sebab makanan dah takde.

Will be continue...

Labels: ,

 
posted by *reen'a* at 1:06 PM | Permalink | 2 comments
Thursday, October 25, 2007
Filem Melayu - Patriotik




Kalau cakap pasal filem melayu ni, selain citer arwah Tan Sri P.Ramlee mmg minat tengok citer patriotik dan berdasarkan kisah sebenar. Kalau cintan cintun tu memang kureng siket. Kecualilah ada org nak belanja tiket wayang atau pun kena paksa pergi. Sebenarnya tak banyak filem melayu patriotik. Mungkin takut tak laku kat pawagam sbb tu jarang ada filem mcm ni. Antara filem yg mmg sukerr nengok iaitu "Leftenan Adnan", ukh..ukh..siap beli cd original lagi.

  • Leftenan Adnan(2000) : Arahan Aziz M Osman


Pada tahun 1934, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh anggota tentera British yang bertujuan untuk mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi berminat menjadi tentera, namun ibubapa beliau tidak merestui kemahuannya itu. Adnan nekad, bersama beberapa orang rakan, mereka keluar dari kampung dan menuju ke kem latihan ketenteraan di Port Dikson.Di situ mereka mendaftarkan diri dan menjalani latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Adnan melayakkannya terpilih sebagai rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat menjadi Kolor Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London.Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Ketika Perang Dunia Kedua, Leftenan Adnan Saidi telah terkorban semasa mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan tentera Jepun. Pertempuran di Bukit Candu yang terletak di Pasir Panjang, Singapura itu menyaksikan gugurnya seorang perwira Melayu yang begitu digeruni oleh musuh..


  • Bukit Kepong (1981) : Arahan Dato' Jins Shamsuddin

Berkisarkan peristiwa Bukit Kepong. Lakonan yg berkesan oleh Dato' Jins Shamsudin dan meninggalkan kesan yg mendalam. Kisah perjuangan pasukan polis dan masyarakat tempatan di Bukit Kepong, Johor melawan komunis pada tahun 1950. Kemuncak pertempuran berlaku pada 23 Februari di balai polis Bukit Kepong yang mempunyai 18 orang anggota. Filem ini menggambarkan semangat waja yang ditunjukkan oleh pasukan polis, walaupun mereka diserang oleh 180 orang pengganas komunis, tetapi mereka tetap berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan negara.






  • 1957 - Hati Malaya(Heart Of Malaya) ???

Agaknya mcmmana pula dgn filem terbaru arahan Suhaimi Baba ni. Filem 1957- Hati Malaya(Heart Of Malaya) mula ditayangkan di panggung hari ini. Dengan membariskan ramai pelakon terkenal, harap2 filem patriotik ni pun boleh setanding dgn Leftenan Adnan dan Bukit Kepong.

Semangat ‘MERDEKA’ – Pengorbanan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh Melayu Negara yang memperjuangkan kebebasan Negara kita dari penjajah tidak terbatas nilainya. Oleh yang demikian amatlah penting bagi kita sebagai warganegara Malaysia untuk mempertahankan kebebasan yang telah dikecapi dengan menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab supaya masa depan anak bangsa terjamin.Empat orang anak muda, Salmi, Razak, Ani dan Angee telah diberi tugas untuk membuat scrap book gambar-gambar tahun ‘1957’. Mereka cukup bersungguh melaksanakan tugasan yang diberi oleh publisher buku tersebut Zahari. Dalam pencarian gambar-gambar tersebut mereka menyerapkan diri masing-masing dalam karektor, detik-detik emosi dan mengenal erti sebenar pengorbanan untuk mencapai detik ‘1957’. Ketika inilah anak-anak muda ini mengenal erti sebenar maksud ‘MERDEKA’.



Labels: , , ,

 
posted by *reen'a* at 1:00 PM | Permalink | 1 comments
Wednesday, October 24, 2007
Mandi Wap




Selama ni x pernah try mandi wap, entah mcmmana masa kat Indonesia ada org offer nak bawa gi mandi wap ni. Kalau kat filem, nengok org mandi wap ni pakai tuala dan duduk jerklah kat bilik tu. Yg kat sana tu lak, tempat mandi wap dierr hanya buka start pukul 7.00mlm. Kebetulan bila sampai kat tempat tersebut dlm 8.30mlm. Mmg excited sangat maklumlah baru first time nak cuba mandi wap ni. Lps daftar, kena tunggu 10 minit sbb nak prepare bilik utk mandi wap tersebut. Then kena masuk ke satu bilik . Kat dlm bilik tu ada satu lagi bilik iaitu tempat utk mandi wap.Tokei tempat mandi wap tu suruh baca instruction dulu sblm masuk ke bilik wap tersebut. Ni antara instruction yg diberi :


  • Pelanggan harus menanggalkan baju termasuk pakaian dalam. Senang citer, tu kena berbogel lah...

  • Senaman ringan harus dilakukan semasa mandi wap tersebut.

  • Air minuman ada disediakan ditepi tingkap dan pelanggan harus minum bagi menggantikan air yg telah kuar dari badan.

  • Proses mandi wap ni mengambil masa 15 minit dan loceng akan dibunyikan setelah 15 minit.

Mula2 masuk dlm bilik mandi wap tu mmg gerun sbb gelap.Then ada 2 kerusi disediakan dlm bilik tersebut. Mcm2 terbayang sbb bilik tu mmg gelap sungguh n penuh dengan wap. Pandangan mmg kabur lah dan takleh lupa aroma rempah tu menusuk lubang hidung tul.Selepas mandi wap ada jus tomato disediakan. Mandi wap ni mmg menyegarkan dan boleh release tension lah...Time nak bayar tu mmg tergezut. Mandi wap ni hanya dikenakan bayaran RP15,000 atau dlm duit M'sia RM5. Pergh...mcm ni tiap2 minggu nak pergi mandi wap.

Nilah resit mandi wap tu. Murahkan??




Oh ya, minggu lps ada tertengok satu dokumentari psl mandi spa dan wap yg terkenal diseluruh dunia. Tapi apa yg paling menarik ada lah mandi hot sand(pasir). Ni hanya ada di Ikubushi, Japan. Tak leh bayangkan kena timbus dgn pasir yg panas...Suhu pasir tu lebih kurang 55°C (130°F).



Sand Bath is very effective for perspiration due to the weight of sand Its effectiveness had been loved by people for treatment since 300 years ago, and was not well-known till recent. As soon as medical explanation revealed its effect, the news ran through the entire world. According to Dr. Tanaka, a professor at Kagoshima University medicalschool, it is understood that sand bathing increases the body temperature with high rate of heart impact.Increasing blood circulation refleshes your body by discharging wastes and observing oxygen sufficiently into your body. With this survey the effect of sand bathing reached to the conclusion that it has 3 to 4 times more effectscompared to usual hot springs.




Macam best jerk nengok makcik2 Jepun ni kena timbus!!


Labels: , ,

 
posted by *reen'a* at 1:13 PM | Permalink | 0 comments
Saturday, October 13, 2007
Hari Raya Aidilfitri 1428H






Selamat menyambut lebaran Aidilfitri buat semua umat Islam di bumi yg fana ini Tak lupa juga buat angkasawan Malaysia yg berada nun di angkasa lepas sana.Hari ini merupakan satu kemenangan bagi kita setelah sebulan menjalani ibadah puasa...

Labels: , ,

 
posted by *reen'a* at 1:08 PM | Permalink | 0 comments
Tuesday, October 9, 2007
Black Jack


Walaupun x pernah tengok manga dierr tapi anime mmg best lah.Doktor Black Jack ni ala2 robin hood zaman moden sbb dierr hanya melakukan pembedahan jika bayaran yg diminta dapat dipenuhi. Bayaran yg dierr kenakan tu bukan siket dan rasanya kalau realiti mmg tak logik sbb bayaran yg dierr minta melibatkan 6 angka. Tapi dierr ni dah bnyk menolong org walaupun pesakit dierr tu miskin. Kisah silam dierr yg menjadikannya seorang yg misteri dan unik... Dr Black Jack aka BJ ni ada seorang asisstant yg comel lote. Ukh..ukh..yg tak tahan tu budak kecik ni ngaku dierr isteri Dr BJ. Mcmana boleh Pinoko boleh jadi asisstant, pun ada kisah sebaliknya. Sebab itu walaupun bertubuh kecik tapi umur Pinoko sebenarnya lebih dewasa walaupun pikiran masih budak2!! Bnyk lagi karakter dlm siri Black Jack ni dan kalau lah Dr Black Jack ni wujud dlm realiti, tanpa segan silu terus jerk ajak kahwin. Lps tu tinggal kat rumah dierr atas bukit berhampiran laut. Pergh...ha..ha..




Black Jack is an "unregistered" doctor with a clouded, mysterious past. He works with his little assistant Pinoko (who has a massive crush on the doctor), dealing with medical cases not very well known, which can be strange, dangerous, or not known at all. But he is a genius, and can save almost any of his patients' life (as long as they have the money for it, that is), and is known to many around the world, especially to those of medicine and science. He's a man of science himself, and does not believe much until he has seen it, yet it is many times he is surprised by love and nature often overpowering the science he bases his life in.






















Labels: , ,

 
posted by *reen'a* at 1:25 PM | Permalink | 0 comments
Tom Tom Bak




Nurin dgn Nabil mmg sukerr nengok rancangan ni. Dier org berdua tulah yg perkenalkan citer ni sampai nenek dan auntie2 dierr ni tak pernah ketinggalan menonton Tom Tom Bak. Memang best terutama tengok keletah si haziq dgn tetamu2 dierr..budak2 sekarang ni mmg bijak bercakap!!



Tom Tom Bak adalah sebuah rancangan aneka bakat dan ragam kanak-kanak yang mula disiarkan selama ½ jam di saluran Astro Ceria pada pukul 12 tengah hari. Pengacara untuk rancangan ini dikendalikan oleh Aznil Nawawi atau lebih dikenali sebagai Uncle Aznil.



Rancangan Tom Tom Bak dibahagikan kepada 4 segmen iaitu :

*Siapa Dia? - cuba teka watak yang dilakonkan oleh adik-adik ini

*Jom Borak - tetamu cilik berkongsi pendapat masing-masing

*Ada Bakat Ke? - Saksilah persembahan hebat daripada bintang cilik ini

*Jeng Jeng - Kemuncak rancangan di mana penonton memilih peserta yang paling berbakat setiap episod berdasarkan jeritan 'woo' daripada penonton.

Dari segmen "Ada Bakat Ke?"


Dari segmen "Siapa Dia?"

Labels: , ,

 
posted by *reen'a* at 11:31 AM | Permalink | 0 comments